Tuesday, October 25, 2011

Jangan Jadi Pembunuh.

Asalamualaikum W.B.T

Hai readers!  Lama tak menaip. Idea mencurah-curah hari tu tapi takde line internet yang membolehkan aku berblogging. Hihi. Ok rasa nak cakap pasal isu kucing hari ni.

Minggu lepas, mase tu tengah hari. seekor kucing terburai perut tengah-tengah jalan dekat Taman Desa Perwira. (ok tu rumah sewa aku) KESIAN! Malam, On the way nak pegi kelas, seekor lagi jadi mangsa. APEHAL NI? & after class tu aku dapat tau yang ade lagi seekor anak kucing jadi mangsa. 3 EKOR SEHARI!

Aku tertanya-tanya kenapa hari tu banyak sangat kucing kena langgar. Memang kebetulan je la tu semua berlaku  tapi aku rasa terkejut sangat. Please people, bila memandu tolong lihat sekeliling anda. Kucing pun mahu hidup lama. Berhemahlah ketika memandu. Sayangi kucing di sekeliling anda. (-_-")


Kucing akan membatukan dirinya apabila berada di tengah kesesakan lalu lintas.
Ini fakta. Sila rujuk Mastika. Terima kasih.


Kebetulan hari yang sama, aku pergi Pustaka Sri Intan (promote) Bagi aku si penggemar Mastika, aku belek-belek majalah tu. Memang dah lama tak beli. Isu kali ni pasal kucing. Eh-eh kebetulan ke ape? Terus keluarkan rm4 bayar kat kaunter. Oh ya. Sekarang Mastika dah berharga RM4 tau. Dulu RM3.80 je. RM0.20 tu untuk sedekah kalau tak silap aku. (^_^) Bagus,kan?

Sedih bile baca kisah HERO, seekor kucing yang dipotong kedua kaki depannya hanya kerana dianggap sial oleh seorang manusia yang kejam! Mungkin HERO curi ikan dekat kedai dia. Tapi tolonglah. takkan hanya kerana rugi seekor ikan tu kau sanggup potong kaki seekor kucing?! Serious nangis baca.

Kadang-kadang kita hanya mengikut perasaan saja. Syaitan menguasai fikiran kita untuk ke arah kejahatan. & kita terus menerus mengikuti telunjuk syaitan. NAUZUBILLAH. Akhirnya, seekor kucing menjadi mangsa kebodohan diri sendiri..Bodoh kerana tidak dapat melawan hasutan syaitan.Manusia sudah makin kejam.
Inilah dunia sekarang. Itu baru di Malaysia. Di negara-negara lain pulak macam mana?  Ngeri bila fikir.


Sekarang ni macam dah jadi habit aku. Bila naik kereta nak keluar ke kelas @ pergi makan. @ naik motor ke kelas, aku akan ingatkan kawan aku.

"Normah, bawak kereta slow-slow. Takot ade kucing melintas."

"Ifa, elok-elok tau. Ni kawasan perumahan. Sat g tetibe ade kucing."

Sekarang, kawan-kawan aku semua berhati-hati. Kami dah tak sanggup tengok bangkai kucing digilis kereta, lori, van dan kenderaan lain. Kepada hamba Allah yang berhati mulia yang tolong angkatkan bangkai kucing tengah jalan hari tu, aku berdoa moga Allah merahmatinya. Amin...


p/s: Kucing masih ada 9 nyawa. Manusia? Fikir-fikirkan. & sama-sama kita beringat.

 -LIKE kalau suka & SHARE kalau bermanfaat-




 I TAKUT - BY KUCING BETINA




sumber: http://adibyusoff.blogspot.com/2011/06/tingkatkan-rating-blog-anda-dengan.html#ixzz1VyQ85zwo

1 comment:

AhmadDanishHaikal said...

zaman sekarang manusia dengan manusia pun tak ada sifat perikemanusiaan apatah lagi dengan binatang.sangat sedih dengan manusia zaman sekarang.dah balik pada zaman jahilliah.