Sunday, October 14, 2012

Saya Pernah Sukakan Seorang Lelaki. Anda?


Assalamualaikum w.b.t

''saya pernah sukakan seorang lelaki. bukan kerana rupa, tapi imannya. tatkala melihat perempuan, pandangannya akan ditundukkan, walaupun dihadapannya terdapat seorang guru. tutur bicaranya, lembut. pakaiannya, selalu mengikut sunnah. saya perhatikan dari jauh. apabila seruan azan berkumandang, dialah salah seorang lelaki yang akan berada di surau/masjid.

disetiap selesai solat, saya berdoa andaikata dia juga ada perasaan terhadap saya, semoga Allah pertemukan kami. 
pada suatu hari, satu mesej masuk dan menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya. pada mulanya saya terkejut. mungkin si pengirim tersalah hantar. saya bertanya 'awak siapa?'. dan dia memperkenalkan dirinya. 
saya tak percaya, adakah ini realiti atau ia hanya mimpi? si pengirim adalah lelaki yang selama ini saya kagumi imannya. saya menangis, Allah kabulkan permintaan saya. sedangkan selama ini, kami tidak pernah bertegur sapa walaupun dengan 'assalamualaikum'.

'kalau betul awak sukakan saya, jumpalah kedua ibubapa saya. minta izinlah dengan mereka. insyaAllah, saya terima apa sahaja keputusan mereka' -itu mesej yang saya balaskan kepada si dia.

Alhamdulillah, kini kami telah pun bertunang, dan InsyaAllah akan bernikah dalam tempoh yang terdekat. benar, cinta itu milik Allah, jodoh itu ketentuan Allah
semoga ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan akad nikah yang sah. ;') '' -courtesy of this  Facebook Page





Hai readers (^_^)V
Apa macam cerita sebenar di atas? Nak suka, boleh. Tapi kita berhak tau pilih bakal IMAM kita! Pilih betul-betul, mintak petunjuk dari Nya. Renung-renungkan! & selamat beramal! :)



sumber: http://adibyusoff.blogspot.com/2011/06/tingkatkan-rating-blog-anda-dengan.html#ixzz1VyQ85zwo

No comments: