Monday, August 8, 2011

Takut Untuk Berkahwin Sebab...

Asalamualaikum WBT.

Aku cuma rasa terpanggil untuk beri pendapat.Walaupun umur aku baru 21 tahun [orang cakap aku macam form 4] sempat lagi riak sori3  Benarkah lelaki jadi pemarah selepas berkahwin? Aku rasa statement ini sedikit sebanyak ada benarnya. Walaupun tak semua lelaki berperangai macam itu. Tapi still ada lelaki yang BUAT perangai macam tu. Buat perangai @ meme memang perangai mereka sejak azali lagi macam itu?

*Itu Yang Kita Tak Tahu*

Kenapa masa bercinta tak de lah pulak buat perangai macam tu? Kenapa masa bercinta cukup sopan-santun depan makwe? Beri hadiah. Beri bulan bintang lagi tu.Hormat pasangan. Sanggup buat itu ini demi pasangan. Orang kata pijak semut pun tak mati. Tapi kenapa berubah selepas berkahwin? Bukan kah seorang perempuan yakni dah jadi isteri pun masa tu SEPATUTNYA dicintai dikasihi disayangi & dijagai suami? Seperti masa bercinta dulu. Kenapa dulu dapat jadi kekasih ohsem. Sekarang dah kahwin ada anak  bagai kau dah tak dapat jadi suami ohsem? Isteri bukan untuk dimarahi dengan kata-kata kurang di ajar  kesat & kasar. Itulah keperluan AGAMA dalam diri sebelum berkahwin.



COURTESY OF FB

Bagi aku, walau latar belakang pekerjaan seorang lelaki itu ganas macam mana sekali pun @ memang itu cara keluarga lelaki itu "amalkan", itu semua boleh diubah. SEE! kita bercakap tentang BERUBAH kepada KEBAIKAN. Sekarang yang berkahwinnya engkau si lelaki. Lepas  tu yang memiliki sebuah keluarga baru itu, engkau jugak si lelaki. Perempuan itulah yang engkau harapkan jaga makan pakai kau,jaga harta kau. Layan kau itu ini. Tapi kenapa kalau timbul pergaduhan kecil,habis semua perkataan keluar dari mulut kau? Bentuklah pemikiran dan cara hidup kau yang BARU bersama keluarga kecil kau yang baru itu. Sayangilah apa yang kau ada sebelum Allah SWT tarik balik nikmat yang DIA sudah beri. Be a gentleman. Wujudkan sedikit perasaan malu kau pada keluarga si isteri yang mana dulu kau bersungguh-sungguh mahu berkahwin dengannya.

Bagi aku kalau tiada kesedaran jugak dalam bulan mulia ini,aku berdoa & berharap ya Allah tolonglah bukakan pintu hati lelaki-lelaki itu secepatnya agar dapat mengubah peribadi mereka ke arah yang lebih baik.
Amin Ya Rabbalalamin..

Rain Ilias: Aku agak beremosi apabila menaip entry ini. Maaf. Aku rasa takut untuk berkahwin.Seriously!




COURTESY OF WEB






sumber: http://adibyusoff.blogspot.com/2011/06/tingkatkan-rating-blog-anda-dengan.html#ixzz1VyQ85zwo

4 comments:

merahitujambu said...

setiap orang pasti laluinya jugak

rain ilias said...

tu la.kakak saya nasihat,pilih lelaki beriman.insha Allah selamat.mudah-mudahan..(^_^)"

ann said...

sebelum kawen sume cover. bila dah kawen baru kita nampak perangai sebenar. bercinta bertahun-tahun sekalipun, kalau tak tinggal sebumbung, memang kita tak akan kenal perangai sebenar ;)

rain ilias said...

ann: betul tu.
tapi berpeganglah pada janji Allah SWT,
"perempuan yg baik akan mendapat lelaki yg baik" insha Allah. amin
(^_^)"